Monday, 6 July 2015

Done mula dijual

Hai semua. 

Dah baca belum macam mana Done bermula??

Kalau belum boleh tengok di sini yer.. 

Salam Ramadhan untuk seluruh umat Islam. Belum terlambat rasanya untuk kita terus merebut manfaat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Bulan kerahmatan dan kemuliaan untuk kita seluruh umat Islam. 

Back to the topic kita. Oooyeahh, macam mana Done mula di jual yer. Ok memang mula-mula kami pun tak tahu nak jual kat mana. TAPI kita mestilah cari mentor untuk berjaya. Jadi nasihat saya, anda semua HARUS baca posting-posting dari Anis Chocolate Moist Cake yer!!!

Sebab??? sebab semua ilmu-ilmu untuk memulakan perniagaan ada kat situ. Pelbagai ilmu yang boleh kita dapat kat situ ok. Jadi tiada alasan lagi tau untuk kita tak berjaya. Selalunya alasan "jauhlah nak pergi seminar dari Anis Food nie" , "mahal la yuran seminar!", dan macam- macam lagi lah. Jadi dah tak payah nak berhabis duit bagai,  baca dulu yang PERCUMA ni. 


" ORANG YANG MENCIPTA BERIBU ALASAN ORANG YANG GAGAL"

Jadi kami mula mencari OUTLET / kedai seperti yang di sarankan oleh mentor kami Kak Anis. Dan tempat pertama diletak di foodcourt kawan kami. Dan esoknya kawan kami tu mintak tambah lagi kek. Wah bukan main seronok lagi. 

Kek yang di bawa ke outlet

Jadi esoknya kami tambah lagi outlet dan tambah lagi sehingga lah permintaan yang banyak macam ni 

Makin banyak permintaan

Best kan???? :)

Apa yang penting, kalau buat produk makanan nie buatlah dengan seikhlasnya. Buat bagi sedap-sedap jangan nak untung je. Percayalah bila anda buat sesuatu dengan sedap + kasih sayang + ikhlas = orang akan suka dan bahagia bila makan produk anda. 



Ok next part nak cerita macam mana nak 'Approach outlet'  yer. 

Ok sekian dulu ..



"Anda gembira kami bahagia"







Done Food bermula....

Hai Assalamualaikum semua..

Moga sentiasa sihat dan dirahmati olehNya.
OK. ermmm macam mana yer Done Food bermula???

Kami bermula dengan menghasilkan Kek Coklat Moist. 

 
Done Chocolate Moist Cake


Resepi google je ambil dari Akak Anis Jutawan Kek Chocolate Moist tu, yang tidak lokek untuk kongsi ilmu beliau. 
Dari bekas petak hinggalah bekas bulat macam gini..


Lebih kurang setahun jugak la kami berkecimpung dalam bidang kek ni. Sebelum ni kami dari bidang teknikal. Agak mencabar tapi seronok. Seronok bila lihat orang gembira dapat makan kek kita. Dan mereka terus ' repeat order ' lagi. Seperti kami punya moto " anda gembira kami bahagia " . 


NAK TAU macam mana kami pasarkan Done Chocolate moist ni dulu????

Ok nanti saya akan sambung untuk posting yang seterusnya. 

Anda Gembira kami Bahagia <3 <3<3






Wednesday, 4 February 2015

Apa itu Done CheezyChocolateMelt?

Assalamualaikum kepada warga malaysia.

Kami daripada Donefood dimana menghasilkan kek yang berasaskan Krim Cheese dan coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Mengabungkan kek yang gebu dan dilapisi krim cheese yang lemak berkrim serta di lapisi coklat topping yang melelehkan hidup anda.

99% yang mencubanya terus sangkut habis dengan kek Done Cheezychocolatemelt ini.
Nak tengok apa kata mereka. Done Cheezychocolatemelt ini sudah menjadi fenomena di Kelantan, Terengganu, Kuantan ( Pahang ), Petaling Jaya, Pulau Pinang, Melaka dan yang terbaru di Narathiwat Thailand.



Kesedapan kek ini terletak pada rasanya. Di mana setiap yang merasainya akan terus dan terus menyukainya. Kerana rasanya yang agak unik dan berbeza dengan kek yang lain.

Kami akan mengorak langkah ke peringkat yang seterusnya untuk membawa Done Cheezychocolatemelt ini ke serata Malaysia.

' Share the joy with Cheezychocolatemet ' adalah tagline yang diguna oleh kami, dimana amat sesuai sekali setiap kegembiraan yang ada pada kek ini boleh dikongsi bersama - sama dengan yang lain.

So let's share the joy with cheezychocolatemelt yeahh!!! love uollss <3 <3